About Me

AlyaMohsin 26 tahun

Tuesday, August 15, 2017

START NOW, START SOMEWHERE.

Assalamualaikum dan hai:)

It has been a while since my last entry.

Sejak jadi mummy, banyak benda yang Alia selalu fikir. Sebelum ni (zaman bujang), memang dah banyak benda planning nak buat itu ini, tapi takde satu pun yang dilaksanakan (kecuali part travel).

Masa lepas kahwin, kononnya nak isi masa lapang sebab duduk rumah sorang-sorang plus takde mall dekat-dekat untuk buang masa, Alia polish balik skill programming. Tapi tak lama, lepas tu malas dah dan rasa 'eeee tak reti' :D

So sekarang lepas setahun sebulan menjadi mummy, Alia rasa alahai ruginya kalau tak mula sekarang buat apa yang kita nak. Sebab setahun tu sekejap sangat, tiba-tiba anak dah setahun padahal rasa baru je bersalin.

Start now, or I gonna regret this someday.

So, Alia nak mulakan sesuatu yang baru, benda yang dari dulu Alia nak buat, doakan okey!

Korang pun, kalau ade impian yang boleh korang mula sekarang, yang boleh korang mulakan dengan apa yang korang ada, just do it!


Thursday, August 3, 2017

JENIS-JENIS CRAVING YANG ANDA PERLU TAHU.

Assalamualaikum dan hai!

Harini Alia nak cerita sikit pasal food cravings. Korang selalu tak tiba-tiba je rasa nak makan kek lah, coklat lah, benda masin lah. Bukan orang pregnant je craving tiba-tiba ni, tapi semua golongan!

Pelik kan craving ni boleh muncul tiba-tiba!

Ok sebenarnya, craving ni berkait rapat dengan tubuh badan kita. Haaaaa! Maknanya bila kita craving sesuatu, badan kita kekurangan sesuatu.


Jom kita tengok jenis craving, apa yang korang perlukan dan apa yang patut dimakan!






Pertama, coklat. Korang selalu tak craving nak makan coklat? Tau tak, bila kita craving coklat, maknanya badan kita kekurangan magnesium!  Haaa. Instead of korang makan coklat (yang tinggi kandungan gula), korang boleh jugak makan kekacang, sayur-sayuran, buah buahan yang tinggi kandungan magnesium! Atau boleh cuba raw cocoa!


Kedua, makanan manis. Mengidam makanan manis ni petanda samada badan kita kekurangan chomium, carbon, phosphorus, sulphur atau tryptophan. So, instead of korang makan makanan manis, korang boleh tukar kepada makanan yang kaya dengan element yang korang perlukan!

Chromium- brocolli, anggur, cheese, ayam
Carbon- buah-buahan segar
Phosphorus- ayam, daging lembu, telur, kekacang
Sulphur- kobis, cauliflower, cranberries
tryptophan- cheese, kismis, bayam



Ketiga, refined carbohydrates. Maknanya kita craving roti ke, pasta ke, atau apa-apa jenis karbohidrat. Bila craving makanan sebegini, ni petanda badan kita kekurangan nitrogen. Apa yang perlu kita makan? Makanan yang tinggi protein; daging, kekacang, chia seeds.


Keempat, makanan berminyak. Ni petanda badan kita kekurangan kalsium! So minumlah susu fresh, cheese dan sayuran hijau!



Kelima, makanan masin. Mengidam makanan masin petanda samada badan kita kekurangan chloride atau silicon. So pilihlah makanan macam ni.

Chloride- ikan, susu kambing
Silicon-kekacang

Sekali sekala nak layan craving ni takde masalah. Tapi kalau dah selalu sangat, mungkin pemakanan seharian kita yang patut kita perbaiki.

Nak betulkan pemakanan dengan mealplan dan supplement yang betul? Korang boleh cuba SET DETOX SHAKLEE! sangat membantu untuk detox badan kita, dan hilangkan craving yang tak perlu, dan paling best boleh bantu turunkan berat bedan juga!


Korang boleh whatsapp Alia untuk sebarang pertanyaan dan order, okey!

bymummynuh
0175708187

Wednesday, August 2, 2017

PENGALAMAN MENGANDUNGKAN ANAK PERTAMA DI JEPUN

Assalamualaikum dan hai!

Wah. Kemain tajuk macam dah mengandungkan anak kedua! Alhamdulillah, anak  Alia (Nuh), dah nak masuk setahun sebulan, tapi Alia just nak share pengalaman ni supaya nanti boleh baca balik macam mengimbau kenangan, dan mana tau bermanfaat untk mommies di luar sana!

Alia mula suspek mengandung bila tiba-tiba hilang selera, loya memanjang, dan jugak instinct! haha. Masa tu Alia masih di Jepun, dan kebetulan tengah job hunting, ttapi lepas tahu je pregnant terus Alia stop.

Satu sebab suami risau, bila job hunting memang biasanya kena pergi tokyo, walaupun tak jauh, tapi sebab kena pergi sendiri, runsing jugaklah kan kalau apa-apa jadi. Kedua, sebab memang tak larat, asyik melepek je , semua benda tak selera dan berat turun mendadak 6 kg! Memang mostly trimester pertama tu rasa macam nak berselubung je, malas buat apa-apa.

Masa tu kalau nak pergi check up, biasanya Alia pergi sendiri sebab suami ada lab, so akan naik bas + berjalan kaki. Yang best bila dekat Jepun, korang akan dapat 1 keychain comel yang biasanya mommies akan gantung dekat beg, so bila naik pengangkutan awam, korang akan dapat duduk! aha! Keychain dia macam gambar kat bawah ni, comel kan?



Untuk check up mostly free (mungkin depends pada hospital jugak, kadang-kadang ade additional fees), as long as korang ada residence card, korang layak untuk dapat kupon dan kupon tu korang gun setiap kali check up. Best kan?

Alia sempat sampai 27 minggu je, lepas tu dah balik malaysia for good, tak sempat nak mrasa bersalin dekat sana. Kalau bersalin pun akan ditanggung (almost free, tapi depends kadang-kadang kalau terlebih kena bayar sikit, sebab dah ade peruntukan jumlah yang tetap)

Doktor (sensei) pun sangat baik, explain satu-satu dekat kita dan bila muka tak paham je, doktor akan cari word dalam english:)

Sepanjang Alia mengandung, sempat semua musim kecuali musim panas, dan bila anak keluar memang tak boleh panas sikit. Berpeluh teruk! haha. Tak tau ade kaitan ke tak, tapi family semua buat andaian macam tu.

Oh dekat sana tak sama macam malaysia, kalau dekat sini mommies akan dapat supplements kan dari klinik kesihatan?  (folic acid , vit c,iron tablet) Tapi kalau dekat Jepun, memang tak dapat pape ( tak sure tempat lain), cuma doktor akan pesan banyak kali apa yang elok makan.so basically memang kena makan makanan sihat dan cukup nutrisi lah.

Tapi Alia sendiri memang dah ambik folic acid, even sebelum pregnant lagi, sebab tahu kepentingan folic acid ni. So untuk future mommies, elok ambik folic acid ni 3 bulan sebelum hamil :) Sebab apa folic acid ni penting? 

Terdapat banyak kajian yang mengatakan , pengambilan asid folik ni dapat kurangkan risiko bayi terkena kecatatan saraf tunjang (NTD), gangguan pembentukan tempurung kepala (Anecephaly), masalah pembentukan saraf tunjang (spina bifida).

So untuk mommies, memang kena take note tau!



Ni semua supplement untuk iu mengandung, yang ada asid folik adelah vitalea dan b complex. Nanti Alia terang lagi apa kepentingan supplement ni untuk ibu mengandung ye. Nak supplement? Whatsapp Alia!

bymummynuh
017-5708187

Monday, July 31, 2017

TIPS UNTUK HADAPI ANAK 'PICKY EATER'

Assalamualaikum dan hai!

Alia sendiri masa mula-mula introduce solid food dekat anak, memang ade masalah ni. Kebiasaannya, budak-budak excited kan nak makan? 

Alhamdulillah, sekarang Nuh dah setahun 3 minggu, dan sangat kuat makan. Alia masih lagi dengan prinsip 'no sugar no salt' untuk anak, dan anak pun suka je makan sebab tanpa perasa tambahan pun makanan dia dah sedap!

So apa yang Alia buat? Ini pengalaman Alia sendiri, dan mungkin jugak berguna untuk mommies di luar sana!


Jom tengok tips ni!



 Pertama sekali, kena hormat keinginan anak. Jangan paksa anak untuk makan. Pujuk dengan elok, dan sekiranya dia menolak, bagi anak masa. Mungkin anak kita belum lagi terasa lapar, atau makanan tu tak menarik minat dia. Risau jugak kan kalau kita terlampau paksa anak makan, anak akan mula kecewa dan merasakan makan tu adalah sesuatu yang tak menyeronokkan.


Kedua, kenalkan secara berperingkat. Unuk makanan yang baru (belum pernah diperkenalkan kepada anak), cuba bagi secara berperingkat. Mula dengan 1 sudu, dan kuantiti tu bertambah setiap hari. Jangan bagi segedebuk terus untuk anak. 



Ketiga, pelbagaikan jenis makanan. Dalam 1 hidangan, sediakan selengkap yang mungkin (buah, sayur, protein, karbohidrat)., dan sediakan dalam bentuk yang menarik supaya menarik perhatian anak untuk makan! Alia sendiri, memang suka sediakan makanan baru supaya anak dapat rasa yang berbeza, dan jugak anak tak mudah bosan.


Keempat, tunjukkan contoh yang baik. Bila kita dah memilih dan berazam untuk bagi anak healthy foods, ibubapa pun seharusnya melakukan benda yang sama. Paling mudah, makan bersama. Tunjukkan yang kita juga makan makanan yang sama dengan anak, dan tunjukkan kita jugak makan sayur dengan banyaknya! Nak makan jajan? Tunggu anak tidur! Atau seleloknya tinggalkan terus :)


Kelima, elakkan gangguan. Sebolehnya apabila anak makan, ajak anak makan di meja makan, dan tutup segala gadget yang boleh menganggu konsentrasi anak. Makan sambil tengok tv? Elakkan! Ibubapa pun kena lakukan benda yang sama, jangan suap anak sambil tengok phone, sebab kita perlu tunjukkan contoh yang baik kan?


Akhir sekali, boleh juga cuba mealshakes untuk anak! Mealshakes ni sangat membantu untuk menaikkan selera, dan juga pelengkap nutrisi untuk anak. Boleh contact Alia sekiranya berminat:)

Selamat mencuba!


Wednesday, April 5, 2017

Masa untuk tulis blog balik!

Assalamualaikum dan hai!

Dah lama rasanya Alia tak tulis blog. Blog lama dah delete. Alia decide nak menulis balik, tapi kali ni dengan versi diri yang berbeza. Seorang mummy:)

Sebenarnya Alia decide nak tulis blog semula sebab I just loveeeeee to write!

More entries coming soon!