Assalamualaikum dan hai!
Alia sendiri masa mula-mula introduce solid food dekat anak, memang ade masalah ni. Kebiasaannya, budak-budak excited kan nak makan?
Alhamdulillah, sekarang Nuh dah setahun 3 minggu, dan sangat kuat makan. Alia masih lagi dengan prinsip 'no sugar no salt' untuk anak, dan anak pun suka je makan sebab tanpa perasa tambahan pun makanan dia dah sedap!
So apa yang Alia buat? Ini pengalaman Alia sendiri, dan mungkin jugak berguna untuk mommies di luar sana!
Jom tengok tips ni!
Pertama sekali, kena hormat keinginan anak. Jangan paksa anak untuk makan. Pujuk dengan elok, dan sekiranya dia menolak, bagi anak masa. Mungkin anak kita belum lagi terasa lapar, atau makanan tu tak menarik minat dia. Risau jugak kan kalau kita terlampau paksa anak makan, anak akan mula kecewa dan merasakan makan tu adalah sesuatu yang tak menyeronokkan.
Kedua, kenalkan secara berperingkat. Unuk makanan yang baru (belum pernah diperkenalkan kepada anak), cuba bagi secara berperingkat. Mula dengan 1 sudu, dan kuantiti tu bertambah setiap hari. Jangan bagi segedebuk terus untuk anak.
Ketiga, pelbagaikan jenis makanan. Dalam 1 hidangan, sediakan selengkap yang mungkin (buah, sayur, protein, karbohidrat)., dan sediakan dalam bentuk yang menarik supaya menarik perhatian anak untuk makan! Alia sendiri, memang suka sediakan makanan baru supaya anak dapat rasa yang berbeza, dan jugak anak tak mudah bosan.
Keempat, tunjukkan contoh yang baik. Bila kita dah memilih dan berazam untuk bagi anak healthy foods, ibubapa pun seharusnya melakukan benda yang sama. Paling mudah, makan bersama. Tunjukkan yang kita juga makan makanan yang sama dengan anak, dan tunjukkan kita jugak makan sayur dengan banyaknya! Nak makan jajan? Tunggu anak tidur! Atau seleloknya tinggalkan terus :)
Kelima, elakkan gangguan. Sebolehnya apabila anak makan, ajak anak makan di meja makan, dan tutup segala gadget yang boleh menganggu konsentrasi anak. Makan sambil tengok tv? Elakkan! Ibubapa pun kena lakukan benda yang sama, jangan suap anak sambil tengok phone, sebab kita perlu tunjukkan contoh yang baik kan?
Akhir sekali, boleh juga cuba mealshakes untuk anak! Mealshakes ni sangat membantu untuk menaikkan selera, dan juga pelengkap nutrisi untuk anak. Boleh contact Alia sekiranya berminat:)
Selamat mencuba!












